Posted by: asdiqa | May 13, 2008

Ibu oh Ibu

Renungan Sempena Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan. . Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu
Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Tags:

Posted by: almuhandisi | May 7, 2008

Jangan Lupa Kisah Saudara Kita Di Burma.

Bersempena dengan tragedi taufan di Burma yang mengorbankan banyak nyawa, eloklah juga melihat-lihat sejarah negara Burma ini sendiri. Mungkin kebanyakan dari kita tidak mengetahui bahawa kita mempunyai ramai juga saudara seagama di Burma ini sendiri. Hampir di setiap bandar di Burma mempunyai rakyat beragama Islam. Namun tahukah kita bahawa saudara seagama kita di sana hidup sengsara dan ditindas. Hidup seperti pelarian dan dihina sesuka hati. Malah hak mereka sebagai rakyat di bumi kelahiran sendiri juga di nafikan. Di bawah ini terdapat sedikit berita berkenaan Muslim di Burma yang dipetik daripada laman web http://www.albalagh.net/current_affairs/0090.shtml

Artikel ini hanyalah sebahagian kecil daripada artikel panjang berkenaan kekejaman dan ketidakperikemanusiaan pemimpin Burma. Moga-moga taufan yang ALLAH turunkan di burma ini  membuka mata orang-ornag yang zalim di Burma ini.

ARAKAN, formerly called Rohang, Roshang, Rakhine Pray, Rakhapura, lies on the north-western part of Burma with 360 miles coastal belt from the Bay of Bengal. Through its geopolitical position, Arakan finds itself at the crossroads of two continental entities, South Asia and South-East Asia — between Buddhist Asia and Muslim-Hindu Asia and between the Mongoloid and the Indo-Aryan races.  It borders 176 miles with Bangladesh, 48 miles of which is covered by river Naf, which demarcates Arakan (Burma) from Chittagong (Bangladesh). It is separated geographically from the rest of Burma by the long range of Arakan Yoma mountain range running north to south. The area of Arakan is about 20,000 square miles. But Arakan Hill-tracts district (5235 square miles) and southern most part of Arakan were partitioned from Arakan. So, it has now been reduced to 14,200 square miles.(17)

The Muslim community in Arakan, who are next to the Rakhine Buddhists in number, consists of four groups: Tambukias, Turko-Pathans, Kamanchis and Rohingyas. The Tambukias trace their history back to the eighth century when their ancestors from Arabia were allowed to settle in southern Arakan by the contemporary king Maha Taing Chandra (788-810). The next group consisting of the Turks and Pathans are mostly found in the outskirts of Mrohaung, the last capital of Arakan. The Arakanese king Mong-Saw-Mwan alias Narameikhla (1403-33) recaptured his throne with the help of their forebears who were in the army of Bengal. Like the Tambukias, they were allowed to settle in Arakan by the grateful king. The ancestors of the Kamanchis came in the train of shah shuja, the Governor of Bengal (1639-59), who took shelter in Arakan with his family and retinues after being overthrown by his brother aurangzeb. Their descendants are to be found mostly in Ramree Island. The Rohingyas are descendants of Muslims who trace their ancestry to all those who settled in Arakan – the Arabs, Turks, Persians, Pathans, Mughals, Bengalis and some Indo-Mongoloid people. Hence, the Rohingya Muslims are not an ethnic group, which developed from one tribal group affiliation or single racial stock, but are an ethnic group that developed from different stocks of people. The ethnic Rohingya is Muslim by religion with distinct culture and civilization of its own. Read More…

Tags:

Posted by: asdiqa | April 26, 2008

60 Tahun Nakbah Palestin

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi. Read More…

Tags:

Posted by: almuhandisi | April 19, 2008

Life Is An Art of Drawing…

Assalamualaikum wrt.

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Segala puji bagi Allah yang memberikan pelbagai nikmat dah rahmah kepada makhluk ciptaanNya. Maha suci Allah yang memberikan hidayah dan petunjuk kepada setiap insan yang dipilihNya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah swt kerana memilih kita untuk mengecapi nikmat Iman dan Islam yang sesangat bernilai dan tidak terhitung harganya. Moga2 Allah menthabatkan (menetapkan) kita di atas jalan yang benar ini. Dan moga2 Allah memilih kita untuk menjadi pendokong Islam yang tidak henti2 menyebarkan agama yang benar dan diredhai ini.

Kali ini penulis ingin berkongsi 2 pengalaman yang saling berkaitan. Kedua2 perkara/pengalaman ini sering bermain di benak pemikiran penulis. Perkara yang pertama adalah pertemuan penulis dengan seorang muslim yang sangat kagum dengan Malaysian yang bersungguh2 mengamalkan Islam. Cukup lantang dan bersemangatnya dia memuji2 Malaysian. Namun yang menjadikan penulis hairan dan pelik adalah apabila mengetahui bahawa muslim tersebut sedang mabuk(patutlah salam dan cium tangan penulis. Yang lebih memelikkan penulis adalah di UK, tempat penulis bekerja dan belajar sekarang ini, sangat2 susah untuk berjumpa dengan orang yang mabuk di siang hari! Lain hal pula di negara yang satu ini). Hati penulis amat2 sedih dan tersentuh apabila berjumpa seorang muslim sedemikian. Dahlah di negara tersebut pengamalan agama amat2 dihadkan dan Islam sering kali di pandang serong, kemudian umat Islam sendiri memaparkan keperibadian yang tidak langsung menggambarkan kemurnian dan keindahan ajaran Islam! Itu belum lagi masuk bab anak2 muda Islam yang berbangsa arab yang berkelakuan seperti penyanyi hip-hop(mendengar lagu kuat2, berseluar londeh, dan bertopi senget) dan membuat bising di jalanan.

Sekembali dari negara yang penulis anggap pelik tetapi menarik itu, penulis terus melayari internet untuk melihat2 perkembangan adik2 di Malaysia. Tiba2 biji mata penulis tertumpu kepada tulisan seorang adik penulis:

“life is an art of drawing

without an eraser”

Entah dari mana dia mendapat kata2 ini penulis tidak tahu. Pelbagai penafsiran yang penulis cuba fikirkan daripada kata2 tersebut. Kata2 ini amat menarik namun bagi penulis ia perlu ditafsirkan dengan lebih jelas agar difahami maksud tersiratnya dan menjadi motivasi untuk maju kedepan. Dan bukannya menjadi kata2 orang yang lemah dan berputus asa dengan kehidupan. Cuba perhatikan kata2 tersebut. Hayati sedalam2 mungkin. Apakah maksud tersiratnya? Apakah yang cuba disampaikan? Mengapa kata2 tersebut diungkapkan? Apakah situasi yang menyebabkan seseorang menggunakan kata2 tersebut? Pelbagai persoalan yang penulis utarakan dan belum terjawab. InsyaALLAH penulis akan cuba mengetengahkan pendapat dan penafsiran penulis tentang kata2life is an art of drawing without an eraser“. Read More…

Posted by: asdiqa | April 7, 2008

Jimat dan SENang kita

Hurm..must be wondering,apa maksud tajuk ni? Bank Negara Malaysia telah melancarkan satu kempen iaitu Jimat dan SENang kita.. Just to share the information for us who are not in Malaysia yet.

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.

Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan. Dalam pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini, jumlah keseluruhan bil, yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.

Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini memberikan faedah kepada peniaga dan pelanggan. Para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian manakala bagi para pelanggan, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah. Read More…

Tags:

Older Posts »

Categories