jump to navigation

Sejarah Ringkas Teori Evolusi February 11, 2008

Posted by mofaha in Article.
trackback

Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan idea evolusi ini. Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa idea evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama.

Charles Darwin

Charles Darwin

Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya. Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardo da Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai “seorang saintis terhebat pernah hidup”, mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya. 

Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut; “Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang”.

Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains, iaitu; “Berimanlah”. Iman adalah sifat utama seorang saintis. 

Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi oleh falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebar dengan meluasnya pada kurun ke-19. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, materialisme mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor material sepenuhnya. Memandangkan ia telah menolak ciptaan (Allah) sejak awal lagi, maka ia mendakwa bahawa setiap benda, sama ada yang hidup atau tidak, telah muncul tanpa suatu gerakan daripada ciptaan tetapi hanyalah hasil daripada sebuah kebetulan yang kemudiannya tersusun mengikut keadaan. Minda manusia bagaimanapun, adalah amat teratur untuk memahami kewujudan suatu kehendak yang tersusun apabila ia mendapat arahan. Falsafah materialistik, yang bertentangan dengan kriteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan “teori evolusi” pada pertengahan abad ke 19.

Dipetik daripada buku Penipuan Evolusi, oleh Harun Yahya.

Comments»

No comments yet — be the first.