Pelancaran Blog MSM Soton February 15, 2008
Posted by mofaha in Event, Local News.trackback
Bersempena dengan program ceramah umum bertajuk “Dasar Luar Amerika” di sini, pihak Majlis Syura Muslimun(MSM) Southampton telah melancarkan blog mereka yang diberi nama “MSM Soton, Islam Pilihanku.. Ini Jalan Baru..”. Pelancaran tersebut dilakukan sendiri oleh penceramah, Saudara Afandi Salleh.
Penerbitan blog ini merupakan satu lagi langkah proaktif yang diambil untuk meluaskan lagi capaian dakwah Islamiyah dan mendekatkan MSM dengan masyarakat pelajar Malaysia di luar negara. Sebelum ini, beberapa laman web dan blog telahpun dilancarkan untuk kawasan Cork, London, North West, Nottingham dan West Midlands di samping laman web utama MSM sendiri iaitu MSMonline.info.
Pihak kami juga merakamkan terima kasih kepada para peserta program yang meluangkan masa untuk hadir dan pihak MSA kerana membantu dalam pengiklanan program ini.
Anything for Islam insha Allah. All the best with the new blog..:)
kacaknyer dan smartnyer (ehem) wakil-wakil MSM di Soton..
bagus2.. keep up d good work..!!
memberi minum kepada yg dahaga.. *hint* *hint*
Afwan,
Tahniah buat ikhwah di Soton. Muga sinar Islam semakin menyinari ufuk selatan UK…
BarakAllahu fikum!!