Ambillah Madu Dan Jangan Rosak Sarangnya March 27, 2008
Posted by mofaha in Book Review.add a comment
Di manapun kelembutan itu berada, ia akan menghiasi tempat itu. Demikian halnya apabila ia dicabut dari suatu tempat ia akan mengotorinya. Kelembutan tuturkata, senyuman tulus di bibir dan sapaan-sapaan yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang yang mulia.
Semua itu merupakan sifat kelembutan seorang mukmin yang akan menjadikannya seperti seekor lebah, makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik. Dan apabila hinggap pada setangkai bunga ia tidak akan merosakkannya. Itu kerana Allah menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak Dia berikan kepada kekerasan.
Di antara manusia terdapat manusia-manusia ‘istimewa’ yang membuat banyak kepala tunduk hormat menyambut kedatangannya, orang datang berduyun-duyun kerana ingin melihat rupanya, banyak hati bersimpati kepadanya dan banyak jiwa memujanya. Dan mereka itu tidak lain adalah orang-orang yang banyak dicintai dan dibicarakan manusia kerana kedermawan dan kelobaannya, kejujurannya dalam berjual beli dan keramahan dan sopan-santunnya. (more…)
1- Melayu dan Islam 2- Kepimpinan amanah March 23, 2008
Posted by muadz in About Islam, Food For Thought.add a comment
Berita ringkas: Agama dan Hubungan Antarabangsa March 9, 2008
Posted by zizulkafli in Local News.add a comment
SOUTHAMPTON 15 Feb – Majlis Syura Muslimun UK Eire (MSM UK Eire) telah menganjurkan satu program wacana ilmu bertajuk: Agama dan Hubungan Antarabangsa – Dasar Luar Amerika Syarikat khas untuk rakyat Malaysia di Southampton. Kertas kerja disampaikan oleh saudara Mohd Afandi Salleh, penuntut PhD dalam sains politik di University of Durham. Program telah berlangsung selama 2 jam dihadiri lebih kurang 50 pelajar pra-siswazah dan pasca-siswazah. (more…)
Fulfilling her dream at 89 March 7, 2008
Posted by muadz in Food For Thought, Opinion.add a comment
Satu kisah dalam kisah-kisah pilihanraya. Seorang wanita tua berumur 89 tahun bernama Maimun Yusuf mencipta rekod apabila bertanding sebagai calon tertua di dalam pilihanraya Malaysia ‘08 untuk kerusi parlimen Kuala Terengganu atas tiket calon bebas.

Quote: “They just sit and complain and since no one I knew was willing to fight, I decided that i had to be the one to do it” (more…)