60 Tahun Nakbah Palestin April 26, 2008
Posted by asdiqa in Article.Tags: nakbah palestin
3 comments
oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin
(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948 )
Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.
Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi. (more…)
Life Is An Art of Drawing… April 19, 2008
Posted by almuhandisi in Opinion.add a comment
Assalamualaikum wrt.
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Segala puji bagi Allah yang memberikan pelbagai nikmat dah rahmah kepada makhluk ciptaanNya. Maha suci Allah yang memberikan hidayah dan petunjuk kepada setiap insan yang dipilihNya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah swt kerana memilih kita untuk mengecapi nikmat Iman dan Islam yang sesangat bernilai dan tidak terhitung harganya. Moga2 Allah menthabatkan (menetapkan) kita di atas jalan yang benar ini. Dan moga2 Allah memilih kita untuk menjadi pendokong Islam yang tidak henti2 menyebarkan agama yang benar dan diredhai ini.
Kali ini penulis ingin berkongsi 2 pengalaman yang saling berkaitan. Kedua2 perkara/pengalaman ini sering bermain di benak pemikiran penulis. Perkara yang pertama adalah pertemuan penulis dengan seorang muslim yang sangat kagum dengan Malaysian yang bersungguh2 mengamalkan Islam. Cukup lantang dan bersemangatnya dia memuji2 Malaysian. Namun yang menjadikan penulis hairan dan pelik adalah apabila mengetahui bahawa muslim tersebut sedang mabuk(patutlah salam dan cium tangan penulis. Yang lebih memelikkan penulis adalah di UK, tempat penulis bekerja dan belajar sekarang ini, sangat2 susah untuk berjumpa dengan orang yang mabuk di siang hari! Lain hal pula di negara yang satu ini). Hati penulis amat2 sedih dan tersentuh apabila berjumpa seorang muslim sedemikian. Dahlah di negara tersebut pengamalan agama amat2 dihadkan dan Islam sering kali di pandang serong, kemudian umat Islam sendiri memaparkan keperibadian yang tidak langsung menggambarkan kemurnian dan keindahan ajaran Islam! Itu belum lagi masuk bab anak2 muda Islam yang berbangsa arab yang berkelakuan seperti penyanyi hip-hop(mendengar lagu kuat2, berseluar londeh, dan bertopi senget) dan membuat bising di jalanan.
Sekembali dari negara yang penulis anggap pelik tetapi menarik itu, penulis terus melayari internet untuk melihat2 perkembangan adik2 di Malaysia. Tiba2 biji mata penulis tertumpu kepada tulisan seorang adik penulis:
“life is an art of drawing
without an eraser”
Entah dari mana dia mendapat kata2 ini penulis tidak tahu. Pelbagai penafsiran yang penulis cuba fikirkan daripada kata2 tersebut. Kata2 ini amat menarik namun bagi penulis ia perlu ditafsirkan dengan lebih jelas agar difahami maksud tersiratnya dan menjadi motivasi untuk maju kedepan. Dan bukannya menjadi kata2 orang yang lemah dan berputus asa dengan kehidupan. Cuba perhatikan kata2 tersebut. Hayati sedalam2 mungkin. Apakah maksud tersiratnya? Apakah yang cuba disampaikan? Mengapa kata2 tersebut diungkapkan? Apakah situasi yang menyebabkan seseorang menggunakan kata2 tersebut? Pelbagai persoalan yang penulis utarakan dan belum terjawab. InsyaALLAH penulis akan cuba mengetengahkan pendapat dan penafsiran penulis tentang kata2 “life is an art of drawing without an eraser“. (more…)
Jimat dan SENang kita April 7, 2008
Posted by asdiqa in Local News.Tags: jimat dan senang kita
add a comment
Hurm..must be wondering,apa maksud tajuk ni? Bank Negara Malaysia telah melancarkan satu kempen iaitu Jimat dan SENang kita.. Just to share the information for us who are not in Malaysia yet.

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.
Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan. Dalam pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini, jumlah keseluruhan bil, yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini memberikan faedah kepada peniaga dan pelanggan. Para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian manakala bagi para pelanggan, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah. (more…)