Ada Apa Dengan MSM.. June 7, 2008
Posted by asdiqa in Event.Tags: MSM sotton
1 comment so far
Assalamualaikum..kembali ke meja pengarang, saya sebagai editor kembali menjalankan tugas pada hari ini setelah sidang redaksi blog MSM berehat untuk beberapa minggu.
Berikut adalah highlight aktiviti2 MSM sepanjang tahun. Anda pasti tertanya2, Ada Apa Dengan MSM..
Sepanjang tahun ini, MSM telah menganjurkan beberapa program yg dirangka khas secara bersiri bagi meningkatkan kefahaman tentang Islam bagi seorang muslim.
BATTLE OF BADR:
WINTER RETREAT 2007 and Eid Adha Celebration:
ENTER A NEW BEGINNNING:
SPRING CAMP 08:
and the upcoming event, SUMMERCAMP 08.
Selamat Bermujahadah May 20, 2008
Posted by asdiqa in Local News.Tags: exams
1 comment so far
Assalamualaikum wrm wbt kpd semua pembaca.
Kami dari Crew MSM So’ton mngucapkan selamat bermujahadah, Bit Taufiq Wan Najah fil Imtihan kpd semua pembaca. Blog MSM So’ton akan mengalami pembaharuan dari segi isi kandungan dan penampilannya pada Jun ini. Doakan semua berjaya.

Ibu oh Ibu May 10, 2008
Posted by asdiqa in Announcement.add a comment
Renungan Sempena Hari Ibu
Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan. . Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu
Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.
Jangan Lupa Kisah Saudara Kita Di Burma. May 7, 2008
Posted by almuhandisi in Announcement.Tags: Burma Islam taufan kejam zalim
2 comments
Bersempena dengan tragedi taufan di Burma yang mengorbankan banyak nyawa, eloklah juga melihat-lihat sejarah negara Burma ini sendiri. Mungkin kebanyakan dari kita tidak mengetahui bahawa kita mempunyai ramai juga saudara seagama di Burma ini sendiri. Hampir di setiap bandar di Burma mempunyai rakyat beragama Islam. Namun tahukah kita bahawa saudara seagama kita di sana hidup sengsara dan ditindas. Hidup seperti pelarian dan dihina sesuka hati. Malah hak mereka sebagai rakyat di bumi kelahiran sendiri juga di nafikan. Di bawah ini terdapat sedikit berita berkenaan Muslim di Burma yang dipetik daripada laman web http://www.albalagh.net/current_affairs/0090.shtml
Artikel ini hanyalah sebahagian kecil daripada artikel panjang berkenaan kekejaman dan ketidakperikemanusiaan pemimpin Burma. Moga-moga taufan yang ALLAH turunkan di burma ini membuka mata orang-ornag yang zalim di Burma ini.
ARAKAN, formerly called Rohang, Roshang, Rakhine Pray, Rakhapura, lies on the north-western part of Burma with 360 miles coastal belt from the Bay of Bengal. Through its geopolitical position, Arakan finds itself at the crossroads of two continental entities, South Asia and South-East Asia — between Buddhist Asia and Muslim-Hindu Asia and between the Mongoloid and the Indo-Aryan races. It borders 176 miles with Bangladesh, 48 miles of which is covered by river Naf, which demarcates Arakan (Burma) from Chittagong (Bangladesh). It is separated geographically from the rest of Burma by the long range of Arakan Yoma mountain range running north to south. The area of Arakan is about 20,000 square miles. But Arakan Hill-tracts district (5235 square miles) and southern most part of Arakan were partitioned from Arakan. So, it has now been reduced to 14,200 square miles.(17)
The Muslim community in Arakan, who are next to the Rakhine Buddhists in number, consists of four groups: Tambukias, Turko-Pathans, Kamanchis and Rohingyas. The Tambukias trace their history back to the eighth century when their ancestors from Arabia were allowed to settle in southern Arakan by the contemporary king Maha Taing Chandra (788-810). The next group consisting of the Turks and Pathans are mostly found in the outskirts of Mrohaung, the last capital of Arakan. The Arakanese king Mong-Saw-Mwan alias Narameikhla (1403-33) recaptured his throne with the help of their forebears who were in the army of Bengal. Like the Tambukias, they were allowed to settle in Arakan by the grateful king. The ancestors of the Kamanchis came in the train of shah shuja, the Governor of Bengal (1639-59), who took shelter in Arakan with his family and retinues after being overthrown by his brother aurangzeb. Their descendants are to be found mostly in Ramree Island. The Rohingyas are descendants of Muslims who trace their ancestry to all those who settled in Arakan – the Arabs, Turks, Persians, Pathans, Mughals, Bengalis and some Indo-Mongoloid people. Hence, the Rohingya Muslims are not an ethnic group, which developed from one tribal group affiliation or single racial stock, but are an ethnic group that developed from different stocks of people. The ethnic Rohingya is Muslim by religion with distinct culture and civilization of its own. (more…)
60 Tahun Nakbah Palestin April 26, 2008
Posted by asdiqa in Article.Tags: nakbah palestin
3 comments
oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin
(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948 )
Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.
Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi. (more…)